Thursday 22 September 2011

Pendengar yang baik.

Assalamualaikum

This is my first attempt to make a blog. Well actually tipu. Ni kali kedua sebenarnya aku buat blog ni ha. Kalau tak silap farberry.blogspot link blog tu, tapi tak perlula korang rajin sangat carik blog tu sebab dah tak
wujud dah pun. Sebab-sebab blog pertama dimusnahkan sesenang ABC:

- Dulu dah tak ade idea nak post entri baru
- Masa tu mood nak berblogging tu dah hilang macam tu je (biasalah nak berblogging kena ada mood dan feel bebeyh)
- Malas. Okey malas nak explain


            Habis tu kenapa sekarang tiba-tiba rajin masuk dunia blogging balik? Sebab… Syok owh tengok blog  orang lain yang penuh dengan cerita-cerita best. Frankly speaking, best to watch others’ blogs and they were like pulling me to join them into the blogging word. Susah nak explain, tapi tu lah apa yang aku rasa sekarang ni. Hopefully lah kali ni aku tak hangat-hangat najis ayam and aku akan terus berblogging sampailah jari ni lebam. Hehe.


      As a first entri ni aku nak cerita pasal bercerita. (duhh.. baru nak start bercerita ke? -__- ) Korang kalau bercerita kat kawan, pakwe/makwe, mak bapak, adik abang korang, apa yang korang selalu cerita ek dan macam mana cara korang bercerita? Aku ni suka cerita macam-macam benda kat dua orang watak utama dalam hidup aku, iaitu encik kekasih hati dan cik sahabat baik. Diorang lah yang selalu tadah telinga diorang kat aku untuk aku luahkan segala cerita kat aku. Both of them are the best listener I ever had. Aku ni kalau bercerita, gerenti aku elaborate cerita aku tu panjang-panjang. Aku nak pendengar (macam ramai je pendengarnya) faham betul-betul apa yang aku nak sampaikan dari A sampailah B. Contohnya, topik cerita aku, ‘saya baru je lepas makan’. Tapi bila aku bercerita kat orang tu, aku bercerita aku beli makanan tu kat mana, beli dengan siapa, makan dengan apa, guna tangan or sudu. Haa cukup detail, kan? Macam tu la aku.

    
      Bagi aku, pendengar yang baik ni bermaksud, dia tunjuk yang dia betul-betul berminat bila dia dengar cerita aku. Cukuplah pandang muka aku and tunjuk betapa minatnya dia dengan cerita aku. Respond sikit pun cukuplah. Fara tak kisah. Asalkan dia tunjuk minat dia. Pendengar yang tak berapa nak baik bagi aku, dari reaksi muka dia menunjukkan yang dia tak berapa minat sangat nak dengar cerita aku, lepas tu bila aku dah habis bercerita boleh pulak dia sesuka hati tukar topik tanpa bagi sikit pun respon. Paling teruk bila aku dah abis cerita berjela-jela, terus keluar dialog "eh, kau cakap apa tadi ye?" -__- . Orang yang macam ni memang susah sikit aku nak ajak borak bersungguh-sungguh. Borak benda common je.


     Untuk jadi pendengar yang baik memang senang. Tadahkan telinga, bagi respond yang memberangsangkan. Tak susah. Tapi tak ramai yang boleh jadi pendengar yang baik dan setia. Hopefully yang baca ni pendengar setialah ye? :)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home